BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Friday, August 19, 2011

‎::: Kenari Jangan Pandang Rendah Lawan – Wan Jamak..

::: Kenari Jangan Pandang Rendah Lawan – Wan Jamak..

Meskipun saingan Liga Super musim ini menyaksikan Kedah berada pada kedudukan lebih atas namun jurulatih Sang Kenari Wan Jamak Wan Hassan tidak mahu anak buahnya memandang rendah keupayaan tiga lagi pasukan dalam Kumpulan A Piala Malaysia..
Pengendali dari Johor itu menganggap cabaran Johor, Perak dan Sabah dalam kumpulan berkenaan adalah terbuka dan mampu membuatkan pasukan Hijau Kuning "Berputih Mata" untuk layak ke pusingan kalah mati jika para pemainnya mengambil sikap sambil lewa..
Menurut Wan Jamak perkara itu paling dibimbanginya kerana pernah menyaksikan sikap selesa ketika berdepan pasukan lebih lemah pada musim ini akhirnya memakan diri..
“Sebab itu saya tekankan perkara ini dalam latihan bagi menguatkan mental pemain selain giat mengadakan latihan fizikal..“Setiap perlawanan adalah penting dan pemain diminta fokus satu perlawanan ke satu perlawanan dengan cuba mengumpul sebanyak mungkin mata dari peringkat awal saingan kumpulan untuk memastikan kemaraan”..
Kehadiran dua pemain pinjaman iaitu kapten Perlis Azmizi Azmi dan Bashahrul Abu Bakar dari pasukan Harimau Muda membolehkannya merencana percaturan terbaik bagi Sang Kenari menghadapi saingan piala berprestij itu..
Menurutnya Kedah menyenaraikan kedua-dua pemain tersebut bagi menguatkan benteng pertahanan memandangkan kualiti di posisi lain adalah seimbang terutama jentera serangan yang mempunyai beberapa pilihan seperti Azlan Ismail, Mohd. Faizal Abu Bakar dan Ahmad Shakir Md. Ali..
“Mereka dibantu dengan pemain tengah yang boleh menjaringkan gol seperti Baddrol Bakhtiar, Mohd. Khyril Muhymeen dan Firdaus Fauzi” katanya


0 comments: